Kitaran hidup Plasmodium

Pada tahun 1898 Ronald Ross membuktikan kewujupan Plasmodium pada dinding perut tengah dan kelenjar liur bagi nyamuk Culex. Bagi jumpaan ini dia memenangi Hadian Nobel pada 1902. Bagaimanapun penghargaan perlu diberikan kepada profesor Itali Giovanni Battista Grassi, yang membuktikan bahawa mamalia manusia hanya boleh disebarkan oleh nyamuk Anopheles.

Kitaran hirup Plasmodium amat rumit. Sporozoite daipada liur nyamuk betina yang mengigit disebarkan samaada kepada darah atau sistem limfa[1] penerima. Ia penting menyedari bahawa bagi sesetengah spesies vektornya mungkin bukan nyamuk.

Nyamuk dalam genera Culex, Anopheles, Culiceta, Mansonia dan Aedes mungkin bertindak sebagai vector. Vektor yang diketahui kini bagi malaria manusia (> 100 spesies) kesemuanya tergolong dalam genus Anopheles. Malaria burung biasanya dibawa oleh spesies genus Culex. Kitaran hidup Plasmodium diketahui oleh Ross yang menyelidik spesies dari genus Culex.

Sporozoites berhijrah ke hati dan menceroboh hepatocyte. Tahap pendam bagi sporozoite Plasmodium dalam hati dikenali sebagai hypnozoite. Dari hepatocytes, parasit membiak kepada beribu-ribu merozoite, yang kemudiannya menyerang sel darah merah.


Di sini parasit membesar dari bentuk cecincin kepada bentuk trophozoite dewasa. Pada tahap schizont, parasit terbahagi beberapa kali untuk membentuk merozoites baru, yang meninggalkan sel darah merah dan bergerah melalui saluran darah bagi menceroboh sel darah merah baru. Kebanyakan merozoites mengulangi kitaran ini secara berterusan, tetapi sesetengah merozoites berubah menjadi bentuk jantan atau betina (gametocytes) (juga dalam darah), yang kemudiannya diambil oleh nyamuk betina.

Dalam perut tengah nyamuk, gametocyte membentuk gamete dan menyuburkan sesama sendiri, membentuk zygot motile yang dikenali sebagai ookinetes. Ookinetes menembusi dan lepas dari perut tengah, kemudian membenamkan diri mereka pada membran perut luar. Di sini mereka membahagi banyak kali bagi menghasilkan sejumlah besar sporozoite halus memanjang. Sporozoites ini berhijrah ke kelenjar liur nyamuk, di mana ia dicucuk masuk kedalam darah hos kedua yang digigit nyamuk. Sporozoites bergerak ke hati di mana mereka mengulangi kitaran ini.

Dalam beberapa spesies tisu selain hati mungkin dijajah. Bagaimanapun ini tidak berlaku pada spesies yang menyerang manusia.